KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat Malaysia agar tidak melupakan penderitaan rakyat Palestin dalam keriangan menyambut Aidilfitri hari ini.
"Dalam menyambut kemenangan kita dalam kegembiraan, mari kita titipkan doa buat saudara kita di Palestin. Semoga Allah sentiasa melindungi mereka dan kurniakan mereka kekuatan dalam menghadapi ujian ini," katanya dalam hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.
Ahmad Zahid juga menyeru rakyat agar memanfaatkan Aidilfitri sebagai platform bagi mengukuhkan perpaduan dan membentuk kebersamaan tanpa mengira agama dan kaum.
"Sudah semestinya amalan kunjung-mengunjung, bermaaf-maafan dan mendoakan antara satu sama lain serta merapatkan ukhuwah menjadi agenda utama setiap kali tibanya Aidilfitri.
"Inilah juga masanya untuk kita mengekalkan semangat perpaduan sesama kita," katanya.
Beliau seterusnya menasihati mereka yang memandu untuk pulang ke kampung atau memulakan perjalanan bagi menziarahi sanak saudara atau sahabat pada musim perayaan ini agar sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah dan menjaga keselamatan diri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 10 2024
Ahmad Zahid menyeru rakyat Malaysia agar tidak melupakan penderitaan rakyat Palestin dalam keriangan menyambut Aidilfitri hari ini. - Gambar fail/ Reuters
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
Karya kartunis Bendi atas sampul duit raya
Selepas hampir 30 tahun berkarya, kartunis Bendi atau nama sebenarnya Muhammad Najib Mohd Rudin buat pertama kalinya pada tahun ini mengabadikan karya di atas sampul duit raya.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.